Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)

Join the forum, it's quick and easy

Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)
Mansoura Medical Society
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ilmu dan Kehidupan

Go down

20100727

Post 

Ilmu dan Kehidupan Empty Ilmu dan Kehidupan




Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...

Ilmu dan Kehidupan Nelayan-laut

ILMU....
Sebuah perkataan yang indah, akan tetapi tidak semua orang yang menyedarinya. Majoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk populariti dan mengejar kemewahan dunia, kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi. Akan tetapi hakikatnya adalah salah bagi orang yang mempunyai fikiran sedemikian. Hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan bukan untuk dijual beli. Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja, akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari redha Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh redha Allah, serta akan dihormati oleh manusia.


Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu, akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia itu. Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh. Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah, akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan kemungkinan dia akan jatuh miskin. Sebagaimana kata Abdullah bin Abbas:


“Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia, dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia, serta menundukkan para raja laksana tawanan”


Ilmu dan Kehidupan Tawakal-girl

Dalam kehidupan sekarang ini, wanita selalu mendapat masalah apabila hendak menuntut ilmu. Hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana nanti dapur juga tempat kediamannya. Ini adalah satu fikiran yang salah, kerana seorang ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Ini kerana apabila seseorang itu bodoh maka ia akan mendidik anak dengan kebodohannya, manakala orang yang berilmu akan mendidik anak dengan ilmu yang dimilikinya.


Jika kita lihat pada zaman ini, ramai wanita yang telah mendirikan rumah tangga pada usia muda. Pada hakikatnya tidak salah bagi wanita yang telah berkeluarga untuk terus menuntut ilmu, sama ada menuntut ilmu di sekolah-sekolah formal atau sang suami yang menjadi guru bagi sang isteri, kerana perkara sebegini merupakan kewajiban seorang suami untuk mendidik isterinya dan menjadikan isterinya seorang yang berilmu. Jadilah seperti Aisyah binti Abu Bakar, seorang isteri nabi yang menjadi tempat untuk para sahabat bertanya pelbagai soalan. Walaupun dia hanya seorang wanita, akan tetapi dia adalah seorang wanita yang cerdas yang sentiasa memperoleh ilmu dari sang suami iaitu Rasulullah S.A.W. Oleh itu, sebagai seorang islam kita hendaklah sentiasa mengejar ilmu, kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya dan orang yang mencari ilmu akan bertambah dahaga mencari ilmu, kerana ilmu itu sangat luas. Semakin dalam digali semakin banyak perkara yang tidak diketahui. Ilmu juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu.



www.iluvislam.com
Oleh: Ummus@lamah
Editor: Nor Adrenaline
XeNan
XeNan
Admin

Posts : 953
Join date : 2009-09-03
Location : Nakity Street

https://mansmedsociety.forumotion.net

Back to top Go down

Share this post on: reddit

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum