Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)

Join the forum, it's quick and easy

Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)
Mansoura Medical Society
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan??

Go down

20100810

Post 

Apa yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan?? Empty Apa yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan??




"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [2:183]

"Bulan Ramadhan adalah(bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalnya itu, pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannnya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur" [2:185]

AHLAN ya Ramadhan, ahlan ya shahrul Quran..

Akhirnya dapat kembali kita bertemu dalam bulan Ramadhan yang mulia, dan penuh dgn rahmat dan maghfirah daripada-Nya. Bersyukurlah kepada Allah S.W.T kerana telah mempertemukan kita kembali dengan bulan yang amat dinanti-nantikan oleh para sahabat, tabi' tabi'ien, dan orang-orang soleh ini. Allah telah menjanjikan macam-macam dalam bulan ni. Jadi, marilah kita bersama-sama tingkatkan amalan, banyakkan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan terima semua amalan kita.

Kita dah banyak dengar mengenai apa yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadhan, syarat sah dan batalnya puasa, perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu apa peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam bulan Ramadhan ini? Banyak peristiwa yang telah berlaku dan menunjukkan bulan Ramadhan yang dimana wajibnya berpuasa ini bukanlah melemahkan umat Islam, tetapi lebih menguatkan dan memantapkan iman umat Islam. Sekadar ingin berkongsi, berikut adalah beberapa peristiwa yang telah berlaku didalam bulan Ramadhan yang saya tahu. Jika anda tahu lebih, boleh ditambah supaya dapat menambahkan pengetahuan. Jika ada silap, harap diperbetulkan Smile

1.Turunnya Wahyu Pertama
Dibulan ini turunlah wahyu pertama iaitu Surah al-'Alaq bermula dari ayat 1 hingga 5 semasa Rasulullah s.a.w berada didalam Gua Hira'. Disebabkan itu juga, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan al-Quran sempena peristiwa ini. Jadi perbanyakkanlah baca al-Quran ye =)

2. Badar al-Kubra
Pada tahun ke-2 Hijrah, maka berlakulah peperangan Badar al-Kubra. Kalau tidak silap, peperangan ini berlaku pada 17 Ramadhan. Tentera muslimin hanyalah 313 orang, menentang 1000 tentera kafir Quraisy yang mempunyai peralatan perang yang lengkap. Kerana iman yang mantap dan keinginan untuk syahid yang tinggi, maka tentera muslimin dapat menewaskan tentera kafir Quraisy itu. Hanya 14 orang tentera Islam yang syahid, manakala di pihak musyrikin 70 orang terbunuh dan 70 orang lagi menjadi tawanan. Ini menunjukkan puasa bukanlah halangan untuk umat Islam untuk jadi lemah..

3. Zakat Fitrah
Pada tahun ke-2 Hijrah juga, disyariatkan untuk mengeluarkan zakat fitrah. Jadi, janganlah lupa untuk bayar. Untuk lelaki, cubalah untuk bayar zakat fitrah sendiri. Training sikit untuk jadi ketua keluarga nanti.. ahaks XD

4. Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada tahun 8-Hijrah pada 21 Ramadhan. Setelah lama menanti, akhirnya Rasulullah dapat membuka kota mekah. Semua berhala di Kaabah masa itu dihapuskan. Dikatakan berhala yang ada di Kaabah adalah sebanyak 360 patung. Khalid al-Walid diutus merobohkan berhala Uzza, Amru al-As (sahabat nabi yang membuka Mesir nnt) merobohkan patung Suwa' dan Sa'd bin Zaid al-Asyhali merobohkan patung Manat. Patung-patung ni patung yg "famous" masa tu..

5. Perang Tabuk
Dibawah pemerintahan Rasulullah, Islam sampai hingga ke seluruh pelusuk Semenanjung tanah Arab. Rom kuasa besar pada masa tu, berasa risau, lantas Maharaja Rom Timur (Herkules) ingin menyekat pengaruh Islam di utara Tanah Arab. Rancangan itu diketahui Rasulullah dan baginda sendiri memimpin seramai 30,000 tentera Islam walaupun pada masa itu dilanda kemarau. Sampai di Tabuk, tentera Rom tiada disitu kerana berundur apabila mengetahui kemaraan tentera yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Lama kelamaan, termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dibawah pemerintahan Islam.

6. Pembukaan Andalusia (Sepanyol)
Semasa pemerintahan Bani Umayyah, seorang panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad telah dihantar untuk menawan Andalusia yang diperintah oleh Raja Roderik yang zalim pada bulan ini. Seorang panglima di Andalusia pada masa itu, Panglima Julian telah meminta bantuan kepada Musa bin Nusair untuk menawan Andalusia dan mengalahkan Raja Roderik kerana kerana Raja Roderik memperkosa anak gadisnya. Disebabkan itulah Tariq bin Ziyad di hantar ke sana.... bukan saje-saje nak serang. Di Sepanyol ada satu tebing bernama Gibraltar. Nama asalnya ialah Jabal Tariq. Di tempat inilah Tariq bin Ziyad dan tentera-tenteranya menjejakkan kaki di Sepanyol.

7. Peperangan Ain Jalut
Kisah mengenai perang ini jarang sekali didengar. Perang ini berlaku antara Islam dan Monggol. Empayar Monggol pada masa itu sangat kuat dan kawasan pemerintahannya sangat luas. Tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan telah menyerang Baghdad, ibu kota Pemerintahan Bani Abbasiyyah. Ramai umat Islam yang terbunuh dalam serangan itu dan banyak buku tulisan cendekiawan-cendekiawan Islam telah dimusnahkan. Dikatakan banyak buku-buku itu telah dibuang ke Sungai Furat dan Sungai Dajlah sehingga air di sungai itu menjadi hitam kerana dakwat-dakwat dari buku itu. Pada bulan Ramadhan (tahun dan tarikh tak ingat..huhu) tentera Islam bangkit dibawah pimpinan Sultan Saifuddin Qutuz dan mengalahkan Monggol di tempat bernama Ain Jalut.

8. Perang Salib
Perang salib ini sudah lama berlaku antara tentera Islam dan tentera Salib. Akhirnya muncul seorang Panglima Islam yang bernama Salahuddin al-Ayyubi. Beliau lah yang berjaya menawan kembali Baitulmaqdis setelah 88 tahun dikuasai tentera Salib. Tapi ini berlaku pada bulan Rejab. Dalam bulan Ramadhan, Salahuddin telah berjaya menawan beberapa kota yang dikuasai oleh tentera Salib.

9. Kematian Ali bin Abi Talib r.a
Dibulan ini juga, wafatnya Khalifah Ar-Rasyidin ke-4, Saidina Ali bin Abi Talib yang juga sepupu Rasulullah s.a.w, suami kepada Fatimah binti Muhammad s.aw. dan ayah kepada Saidina Hasan r.a dan Saidina Husein r.a. Beliau dibunuh oleh salah seorang dari puak Khawarij yang bernama Abdul Rahman bin Muljam. Ada yang mengatakan beliau dibunuh di Karbala, ada yang kata di Kufah.. hanya Allah sahaja yang mengetahuinya......

10. Al-Azhar
Atas perintah Khalifah Kerajaan Fatimiyyah, Panglima Jauhar Ash-Shiqili telah meletakkan batu asas bagi pendirian Jami' Al-Azhar.

11. Kembali Menawan Sinai
Semasa konflik Arab-Israel, tentera Israel telah dapat menawan Semenanjung Sinai daripada Mesir. Mereka telah membuat satu benteng yang amat kuat dan susah untuk ditembusi. Seorang ulama (tidak pasti sama ada Syeikh al-Azhar atau tidak) telah mendapat ilham daripada Allah S.W.T untuk merobohkan benteng itu melalui mimpi. Pada bulan Ramadhan, tentera Mesir telah berjaya menembusi benteng itu dan akhirnya menawan kembali Semenanjung Sinai. Semboyan tentera Mesir pada masa itu ialah "Allahu Akbar"

12. Pengepungan Konstantinopal
Sultan Murad II semasa Pemerintahan Uthmaniyyah telah cuba untuk menakluk Konstantinopal yang telah sekian lama ingin ditakluk oleh Islam. Beliau telah mengepung kota itu tetapi akhirnya tidak berjaya untuk menawannya. Rasulullah pernah bersabda "Kota Konstantinopal akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Akhirnya kota ini ditawan oleh anak Sultan Murad II, Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau lah yang dimaksudkan hadith nabi ini. Tapi konstantinopal ni di tawan dalam bulan lain ye.. bukan Ramadhan.


Itulah beberapa peristiwa yang berlaku semasa bulan Ramadhan. Jika ada lagi, nak tambah dipersilakan. Semoga info ini berguna dan menambahkan pengetahuan kita mengenai sejarah Islam. Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah dibulan yang mulia ini kepada yang membaca. Jaga juga diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa. =)

Salam Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah (^__^)
Naqiuddin
Naqiuddin
Guidance Helper

Posts : 11
Join date : 2010-01-22

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum