Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)

Join the forum, it's quick and easy

Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)
Mansoura Medical Society
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hari Asyura: Peristiwa & Amalan sunat

Go down

20101215

Post 

Hari Asyura: Peristiwa & Amalan sunat Empty Hari Asyura: Peristiwa & Amalan sunat




Hari Asyura??..
Hari ape tu? selalu kalau hari Asyura, mesti ada bubur lambuk atau orang panggil bubur Asyura. Tp apa sbnrnya yg brlaku pada 10 muharram nih?

Peristiwa:
1. Bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi setelah bumi ditimpa banjir besar dan ribut taufan yang melanda akibat pembalasan Allah SWT terhadap kaum yang ingkar.
2. Nabi Musa A.S dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT dari Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan di dalam belahan laut
3. Sayyidina Hussin bin Ali bin Abi Talib dibunuh di Karbala', Iraq, sebagaimana yang disebut di dalam kitab "Fathul Bari"

Kalau diikutkan cerita, ada banyak lagi peristiwa yang berlaku, tapi, ni sahaja yang dpt diberitahu sbb peristiwa-peristiwa lain tu tak dpt dikenalpasti kesahihannya.

Amalan Sunat
Kebiasaannya amalan sunat pada hari Asyura ni ialah puasa sunat. Ini berdasarkan beberapa hadith Rasulullah s.a.w:

ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura dan apabila telah difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari Asyura), maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibn Abbas berkata bermaksud: “Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Sekiranya pada tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.” Ibn Abbas berkata: “Tidak sempat munculnya tahun depan, Rasulullah wafat terlebih dulu." (Hadis riwayat Muslim).

“......dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Maka, ambillah kesempatan ini untuk tambahkan lagi amalan kita untuk bekalan di sana nnt. Nabi buat, maka kita cubalah untuk ikut sebanyak mungkin sunnah baginda sementara masih kuat ni. Jadi, selamat beramal Smile
Naqiuddin
Naqiuddin
Guidance Helper

Posts : 11
Join date : 2010-01-22

Back to top Go down

Share this post on: reddit

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum