Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)

Join the forum, it's quick and easy

Mansoura Medical Society
Please register first to see full version of this forum, thanks =)
Mansoura Medical Society
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

Go down

20100815

Post 

Waktu-waktu Mustajab Berdoa Empty Waktu-waktu Mustajab Berdoa




"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan....." [40:60]

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran" [2:186]


Alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat umur dan kesihatan kerana masih berpeluang untuk terus menunaikan ibadah puasa dan beramal ibadah tanpa gangguan. Antara amalan yang boleh diamalkan dalam bulan Ramadan ini ialah dengan perbanyakkan berdoa. Dengan berdoa menunjukkan kita ini hanyalah hamba yang lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa dan perlu mengharapkan bantuan dari Penciptanya. Dengan berdoa juga menandakan kita sedang mengingati Allah kerana kita sedang meminta daripada-Nya. Ayat diatas cukup membuktikan betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita kerana apa yang kita hajatkan insya-Allah akan Dia perkenankan. Tetapi kita mestilah patuh dengan segala perintah-Nya seperti yang difirmankanNya dalam surah al-Baqarah ayat ke 186 tersebut. Kita gunakan analogi.... jika kita minta sesuatu kepada manusia, segala arahan orang tersebut kita akan lakukan supaya kita dapat apa yang kita minta dari orang tersebut. Betul kan? sepatutnya seperti itulah sifat kita kepada Allah dalam meminta kepada-Nya. Memang tidak dinafikan bahawa kita ini manusia yang tidak lari dari melakukan dosa, tetapi kita cubalah sedaya upaya kita untuk tidak melakukan sebarang perlakuan yang mendatangkan dosa dan murka Allah.

Jika berdoa, waktu bilakah hendak berdoa? Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi kalau boleh berdoalah pada masa-masa yang mustajab untuk berdoa agar hajat kita akan dimakbulkan-Nya, insyaAllah. Jadi mari kita berdoa di waktu-waktu ini :-

1. Sepertiga Akhir Malam
"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" (Sahih Bukhari)

2. Ketika Berbuka Puasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

3. Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


4. Pada suatu waktu di hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut" (Sahih Bukhari dan Muslim)

Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.


5. Terjaga dari tidur pada malam hari dimana sebelum tidur dalam keadaan bersuci
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)


6. Di antara azan dan iqamah
"Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah" (Sunnan Abu Daud, Sunnan At-Tirmidzi, Sunnan Al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


7. Ketika sujud semasa solat
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (Sahih Muslim)


8. Ketika Hujan
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami' No. 3078).


9. Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)


10. Hari Arafah
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah" (Sunnan At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)


Jadi banyak kan masa yang mustajab untuk kita berdoa? Ini baru sahaja waktu yang mustajab, belum lagi tempat yang mustajab untuk berdoa. Kalau dicampurkan dengan tempat yang mustajab berdoa, lagilah banyak. Jadi mari kita sama-sama banyakkan berdoa. Setiap dari kita mesti ada hajat untuk diminta dan dimakbulkan ye tak? Jadi, mintalah kepada Dia kerana Dia sahaja yang mampu untuk memakbulkan.

Selamat beramal!! (^_^)
Naqiuddin
Naqiuddin
Guidance Helper

Posts : 11
Join date : 2010-01-22

Back to top Go down

Share this post on: reddit

Waktu-waktu Mustajab Berdoa :: Comments

Azizi AH Yusof

Post Mon Aug 16, 2010 8:23 am by Azizi AH Yusof

thanks Ustaz Naqi..
mmg sgt2 mencari artikel ni..
dulu2 dapat kat skolah time form 1..
dah hilang mana dah..

Allah yubarik fik !

Back to top Go down

Naqiuddin

Post Mon Aug 16, 2010 2:31 pm by Naqiuddin

uish jay2.. jgn pnggil ak ustaz.. x layak..
ak post sbb terasa nak share apa yg ak dpt, edit2 ckit.. tu je..

tp syukran atas doanye...

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum